| Wednesday, November 11, 2009 |
| Final Exam |

Final exam aku akan mula Jumaat ni. 13 November 2009. Dan tamat. Pada Rabu 25 November 2009. Blog ini akan berehat buat seketika.
CHEEEEYYYYYYY!! bunyik mcm blog ni ber-update hari2 kan. Huahua
Selamat Maju Jaya kepada Aku!
|
posted by DauS @ 9:53 PM  |
|
|
|
| Monday, November 09, 2009 |
| Aku & ......... |
Aku & Metal

Sejak akhir-akhir ni aku dah makin rajin main playlist 'Headbanging' aku. Dan makin banyak plak album2 baru yang aku ketinggalan, aku download. Sejak masuk UTP dulu aku dah kurang layan headbanging mcm time skolah dulu. Dah masuk sini sume irama plak boleh masuk lam telinga aku. Misha Omar la. Nubhan AF la. Meet Uncle Hussein la. Kira universal lah. Tapi jauh di dasar hati aku, irama metal masih bertakhta. Jangan tengok muka aku yang berlagak baik ni tak dengar lagu-lagu camni. Bak kate omputeh, don't judge a book by its cover. Tapi jangan sampai ada persepsi bukan2 plak. Aku hanya pendengar hardcore, bukan pengikut hardcore. Ada beza tuh. Pendengar hanya mendengar dan hayati. Kalau pengikut? Entah aku pun xtau mcm mna nak terangkan. Senang cerita kalau nak cam pengikut hardcore, boleh tengok dari diorang punya dressing, perangai, dan mentaliti. Eh jauh plak aku menyimpang. Sebenarnya aku nak cerita pasal Aku & Metal; mcm mana aku boleh berjumpa dengan metal dalam hidup aku. Layan~ Setakat yang aku ingat la, band metal pertama yang aku layan dalam hidup aku adalah Limp Bizkit. Dulu diorang heavy metal+nu metal+rapcore, skang dah jadi rock taik ntah pape. Haha. Time tu aku darjah 6 kot kalau x silap. Pengaruh ni dibawak oleh member aku bernama Taha yang baru berhijrah dari UK. Lagipun time tu rumah aku baru pasang Astro, so dapat sume channel free utk berapa bulan ntah, termasuk MTV & Channel V. Time tu lagu Rollin' tengah meletop2 so aku pon terletop2 jgk lah melayan lagu tu.  Pada tahun yang sama jugak aku terletop2 ngn band Linkin Park. Time tu aku label diorang ni nu-metal+rapcore+screamo skit2, ala-ala Limp Bizkit gak. Dan seperti Limp Bizkit, LP skang ni pon dah bertukar jadi rock taik jgk. Hancus.  Pengembaraan aku diteruskan sehingga form 1. Time ni selera aku dah sedikit berubah ke underground sket, tapi tak underground sangat. Cuma dah kurang layan band-band mainstream. Aku mula kenal System Of A Down. First time dulu dengar dalam keter, abang aku pasang kaset (time tu main kaset2 lagi beb). Mula-mula dengar naik pening kepala aku dengan irama diorang yang laju dan agresif. Tapi dua tiga kali dengar, boleh layan plak. Aku mula jatuh cinta dengan lagu Chop Suey. Pastu ngn lagu lain. Last-last pergi beli kaset sendiri, n layan sampai lebam.  Selain System Of A Down, ada 1 lagi band yang aku jatuh cinta. Ill Nino. Tapi time ni aku dengar beberapa je lagu diorang. Lagu-lagu seperti I Am Loco (haa skang korang dah tau mna aku dpt nickname aku kat UTP ni kn?), What Comes Around, God Save Us, No Murder. Melalui diorang ni la aku kenal irama metalcore. Masuk form 2 aku makin layan Ill Nino.  Kegilaan aku terhadap headbanging berhenti skejap sampai la aku masuk form 4. Sebabnye? Aku beralih aliran skejap. Hahaha. OK, pengembaraan aku seterusnya diteruskan. Aku dikenalkan dengan band metalcore bergelar Killswitch Engage oleh Fakhrul a.k.a Pakuk (dia ni lagi la muka xsangka layan metal). Aku ingat lagi time first dengar dulu dalam kelas, guna walkman aku (ye, time tu guna walkman lagi). First time dengar, WOW! Tak pernah aku dengar irama sebegini dan ia sangat menghantui sanubari aku. X puas dengar, aku pinjam kaset Pakuk then layan sampai muntah.  Dan bermula dari Killswitch Engage aku mula kenal band-band lain. Irama metalcore jadi sangat lekat kat kepala aku. Aku mula kenal apa itu double pedal, double bass, 7 string etc etc. Aku start layan band seperti Chimaira, 36 Crazyfists, Atreyu (emo-core), Avenged Sevenfold(skang dah jadi rock bese2), Lamb of God, Trivium(dah tukar jadi metal ala2 Metallica) dan banyak lagi misc. band. Setiap band ada kelebihan masing-masing. Ikut mood dan selera, ada time aku layan band ni, ade time band lain.    Satu lagi band kegemaran aku, Mudvayne. Muzik Mudvayne sangat unik bagi aku. Aku suka lirik2 lagu diorang yang kebanyakannya berkisar tentang emosi, perasaan, kebencian, kemarahan, dan macam2 lagi yang sangat ngam ngn jiwa remaja aku time tu (dan juga skarang). Vokalis Chad Gray mempunyai vokal yang sangat mantap. Ada orang ckp dia ade 7 jenis suara. Haha. Ade betulnye jugak. Suara dia dari range death-core sampai la ke jiwang syahdu boleh masuk.  Makin lama telinga aku makin dahagakan irama yang lagi heavy. Aku try layan irama yang lebih ganas lagi. Hardcore metal & death metal start masuk lam kepala aku. Band hardcore metal seperti As I Lay Dying, Unearth, Heaven Shall Burn, The Agony Scene, All That Remains, dan macam-macam lagi menjadi kegemaran aku. Band-band death metal pun aku start layan seperti In Flames, Amon Amarth, Arch Enemy, Dark Tranquility, Kataklysm, dan Opeth. Sub-genre death metal iaitu melodic death metal sangat2 best bagi aku. Band yang membawa irama melo-death seperti In Flames, Amon Amarth & Dark Tranquility masih x bosan telinga aku layan.   Sebenarnya banyak lagi band-band yang aku suka dengar. Band seperti Rammstein, Lacuna Coil, Dream Theater, 3 Inches of Blood, H.I.M, Korn, Slipknot, Stone Sour, Drowning Pool, Disturbed dan banyak lagi sampai aku dah penat nak list. Ape2 pn, dalam banyak-banyak band yang aku dah cerita sini, ada beberapa yang bertakhta dari hati aku sejak dulu sampai sekarang. Killswitch Engage; 36 Crazyfists, In Flames, Dark Tranquility, As I Lay Dying, & Mudvayne.Diorang mmg terbaekkk lah!! Sebagai penutup, sekali lagi aku menegaskan bahawa aku hanya pendengar setia muzik metal tetapi aku tak terikut dengan gaya hidup dan fahaman yang dibawa secara langsung mahupun tidak langsung. Sebab tu lah korang kalau tengok aku dari luaran nampak biasa2 je, xde ciri-ciri metal pun. Itu yang aku mau. Sebab itulah aku. Tak perlu lah mem-poyokan diri dengan pakai serba hitam, jeans ketat ke, baju gambar tengkorak ke, tapi ntah ape benda yang dilayan pun x paham. Haha. Sekian. |
posted by DauS @ 11:53 PM  |
|
|
|
| Monday, October 26, 2009 |
| Aik? |
AKU NAK LAMINATE BENDA NIH!!

|
posted by DauS @ 1:06 AM  |
|
|
|
| Monday, October 19, 2009 |
| Jerung Oh Jerung! |
Alhamdulillah..
Berakhirlah sudah perjalanan The Shark Attack Theatre Tour 2009. Berakhir juga satu bab dalam hidup aku. Satu bab yang penuh asam dan garam, warna dan kelam. Pekhh ayat..
Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat dalam menjayakan tour ni, secara langsung mahupun tak langsung. Kepada member-member TTS, terima kasih bebanyak. Aku rasa kalau nak berterima kasih ni, sampai sepuluh perenggan pn xkan abis. Hehehe..
Korang mmg terbaeekkkkkk!!!
Meh aku nak imbas balik perjalanan tour ni dari benih sampai ke pucuk.
Crew casting: Sebelum ni aku tak pernah lagi berlakon teater Asylum, tengok pn tak pernah. So time ni aku masih blur2 ngn skrip dan watak2 yg ada. Tapi time casting tu aku buat je la ape yang patut mengikut arahan director. Tup tap dapat watak Mat Merah. Bila dibagitau yang Mat Merah ni kena hyper dan gila dan animated perangainye, aku dah runsing. Watak yang hyper, gila, animated? Aku yang diam, kaku dan kayu? Sememangnya satu cabaran buat aku. Sebelum ni pun aku pegang watak sampingan je, perwatakan yg biasa2. Dialog pn sekerat dua. So xde masalah sangat. Tapi kali ni aku dapat pegang watak yang agak besar. TQ atas kepercayaan yang diberi :D
Sesi latihan: Latihan pada bulan puasa agak mencabar bagi aku. Nasib baiklah takde training time siang. Kalo tak mmg pancit lah aku. Training waktu malam pun dah cukup memenatkan sebab dibuat lewat sikit bagi menghormati waktu tarawikh. Habis2 je dah pukul 11-12. Lagi satu, penyakit bebudak TTS (termasuk aku) yang dari dulu sampai sekarang tak pulih2 lagi. Iaitu penyakit datang training lambat. Sampai aku wujudkan istilah 'Jam TTS' yang mana GMT nya berubah2 mengikut keadaan semasa. Kadang2 ikut waktu Bangkok, kadang2 ikut waktu Manila. Ntah la...harap2 penyakit ni diubati secepat mungkin. Pesanan buat semua termasuk diri aku sendiri..
Lokasi pertama di UTP: Ni la first time aku rasa semangat gila kerbau time nak perform. Sebab audience ramai sampai melimpah2 atas lantai (exaggerate je). First time berlakon di hadapan audience seramai tu. Sporting plak tuh. Memang puas hati. So dari awal sampai abis show energy sentiasa high. Tepukan dan gelak tawa penonton ibarat dadah yang merancakkan andrenaline rush aku. Namun malam kedua audience tidak seramai malam pertama (malam pertama?? ngehehehe), so energy kurang sikit. Tapi aku still enjoy atas pentas. Cuma yang slack nye aku xdpt bagi 110% aku disebabkan kengkangan suara yang hampir hilang. Hampeh..



Lokasi kedua di Ipoh: Ni kali kedua aku berlakon kat atas pentas Taman Budaya Ipoh. First dlu time Festival Teater Perak. Kehadiran audience cuma biasa2 je, x ramai sgt dan tak sikit sangat. Bila audience tak seramai yang diharapkan, agak sukar bagi aku untuk mengeluarkan sepenuh tenaga. Lagi satu, time ni pun suara aku hampir hilang jgk. MACAM HARAM BTUL. Aku rasa aku kena pergi kelas vokal la. Sape nak sponsor??

 
Lokasi terakhir di KL: Kemuncak yang dinanti-nantikan. First time buat show kat Taman Budaya KL. Janji nak bertolak dari UTP pukul 6 pagi. Malam sebelumnye plak aku pergi merayau kat Ipoh ngn Pakuk ngn Nash. Balik2 dah lewat malam. Nak tdo takut tak bangun. So aku try la bertahan supaya tak tdo tp last2 tertdo gak. Nasib baik terbangun. Tu pn dah agak lewat. So bangun2, kemas2, bergegas ke kereta Esah. Trus pg blok B. Pastu bertolak ke KL~~
Sampai KL dalam pukul 11. Setup stage, kemas barang, lepak2. Kitorang menginap kat Matahari Lodge, x jauh dari Taman Budaya KL. Tempatnye ok la, berbaloi dengan caj. Bersih dan selesa. Stail mcm hostel, shared bathroom. Tapi tak kisah, yang penting bersih dan selesa. Haha.
Camni la bilik aku. Simple je..
Balcony kat tingkat atas
Petang hari Jumaat tu kitorang start buat shooting short film Asylum The Movie. First time berlakon depan camera, so agak janggal skit rsenye. Lepas shooting aku terus balik lodge, rehatkan diri.
Malam tu xde wat ape sangat, plan nak wat full & technical run tapi disebabkan lighting yg blom habis setup, tak dapek la nak buat. Malam yang agak terbuang..
Esok nye buat technical run skit utk biasakan pelakon2 dan crew dengan pentas & setup kat situ. Petang nye ade persembahan teater Miao Miao Sang Arnab dan Tok Janggut. Dua-dua teater aku dah pernah tengok. Dua-dua thumbs up! Time ni aku x feeling sgt nak tengok sebab time petang. Tengok just sekadar tengok di samping nak bagi sokongan kat diorang.
Malam nye turn kitorang pulak buat show. Alhamdulillah berjalan ngn lancar. Sambutan dari audience pn menggalakkan. Sporting habis! Seperti yang dijangka, suara aku sedikit terjejas. Tapi tak seteruk dulu. Terjejas sipi2 je. Tapi still effect psikologi aku. Hampeh..selesai show, ktorang ramai-ramai (semua pelakon dan krew Asylum, Mimers, MMSA dan Tok Janggut) pergi makan kat mana ntah, kat food court yang orang isap shisha merata-rata. Tengok2 teringin gak, dah lama tak isap shisha. Dekat setaun kot. Haha..Aku makan sambil mamai2, tengah ngantuk+penat giler time tu. Tapi aku gagahkan jugak demi menghabiskan makanan free. Hehehe...Selesai makan-makan, balik lodge. Msg2 ngn someone skit, pastu tdo...
Scene permulaan
Antara scene kegemaran aku
Muka bersungguh-sungguh. Haha
"Syukuuuuuur alhamdulillah~~~"
Pelakon2 dan crew Asylum
 Aku dan Nik sebagai Mat Merah dan Mat Hijau
 Nik, Acap, Aku Pagi keesokan harinye aku semangat bangun awal sbb nak pergi lepak kat balcony tingkat atas sambil menikmati pemandangan yg x brp lawa pn. Haha. So time aku tengah lepak2 sambil hisap rokok minum teh, datang la sorang mat salleh ni join lepak. Ntah nape time tu aku tbe2 jd peramah plak (fenomena yang jarang terjadi!). So aku pun beramah mesra la ngn beliau, tapi bukan bermesraan ye. Hehehe. Best gak sembang ngn die tuh, dasar kaki travel, sume cerita dia keluar. Sempat jugak aku promote psl show teater ktorang. Petang tu dia datang tgk weh! Hehehe..
Petang tu ktorang yang buat persembahan dulu. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Cuma tau-tau lah, time siang ni mood nak berteater tu kureng skit. Hehe. Trimas kat adik-beradik aku, Nurul, Hidayah, Iffa, Ismail, Lukman, dan Asyraf yang sudi datang tengok ktorang nye show. Nasib baib korang enjoy sakan tengok show tu. Tak sia2 korang (Iffa, Ismail, Lukman, Asyraf) datang dari rumah kan. Haha.
Terbaik tak mekap aku? Haha..
Dari kiri, cepat jalan! Ow ow salah, salah. Dari kiri: Lukman, Hidayah, Aku
Iffa, Aku, Nurul, Hidayah, Ismail (belakang), Lukman
Asyraf, Aku, Nurul, Hidayah, Ismail, Lukman
Malam nye show MMSA ngn Tok Janggut plak. Ha, jeng jeng jeng. Kali ni aku tonton dan hayati kedua-dua persembahan tersebut. Yelah, time malam2 ni perasaannye lain sikit. Lagi-lagi teater MMSA, kalau hayati betul2, boleh tangkap leleh beb. So aku decide utk duduk sorang2 supaya fokus & penghayatan aku lebih mendalam. So feeling la aku sorang2 sambil menonton MMSA tersebut~....
Selesai show, cepat2 kemas ape yang patut. Sumbat lam kete. Kumpul jap, sembang2, farewell~~ Pastu trus blah menuju ke UTP..
Maka begitulah kisah nya...
3 minggu, seribu memori. Terima kasih jerung-jerung sekalian. Korang semua memang TERBAEEEKKKKKKKK!!! Tak menyesal aku join tour kali ni. Kalo diikutkan plan aku nak berehat sem ni, begitu jgk sem lepas. Tapi dek sbb tak dpt menahan perasaan gatal nak berlakon, last2 aku join jugak. Haha. Di kesempatan yang ada ni aku nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki kalau ada silap dan salah atau terlanjur perkataan. Kalo ada tu mungkin tak disengajakan, tapi kalau sengaja pun ape salahnye diampunkan. Hehehe. Aku sangat-sangat berharap tour mcm ni dpt diadakan tiap2 sem. Masyukk~~ Tapi sem depan aku nak berehat. Kot...
Sekian...

(POD-Goodbye For Now)
Goodbye for now, Goodbye for now (so long) Goodbye for now, I'm not the type to say I told you so. Goodbye for now (so long) I think the hardest part of holding on is letting it go. When will we sing a new song? A new song...
|
posted by DauS @ 6:38 PM  |
|
|
|
| Monday, September 28, 2009 |
| Ahli Baru |
Alhamdulillah... Syawal keluarga Razak telah diserikan dengan kehadiran ahli baru:
MUHAMMAD ADAM NAUFAL BIN MUHAMMAD UMAR Nyenyak tidur nampak..hehe  Majoriti orang cakap kalau tidur, muka dia ni sebijik mcm muka nenek dia, Mak aku la tu..  Ni dia ngn abah dia, bukan aku. Jangan terkonfius plak. Haha SEKIAN. |
posted by DauS @ 7:40 PM  |
|
|
|
| Friday, September 25, 2009 |
| Raya? Episod 2: Kunjungan Cik Marginah |
Hari raya adalah hari umat Islam bergembira(kecuali golongan alim ulamak la, sedih sbb Ramadhan dah abis)Aku pon turut bersedih di hari raya.Tapi bukan sebab Ramadhan dah habis.Tapi sebab...Aku telah menerima kunjungan Cik Marginah. Nama dah cun, orangnye pun mesti cun kan?SALAH!!!Malahan Cik Marginah ni bukan spesies homosapien pon.Cik Marginah ni adelah term org melayu kita untuk "margin call".Margin call tu mende plak?Ha...kalo korang nak tau, margin call ni la benda paling ditakuti oleh setiap FOREX trader.Kalo kita main game, kita panggil "GAME OVER"Kalo kita ada company, kita panggil "BANKRAP"Kalo kita dah naik mahkamah, kita panggil "MUFLIS" Kalo korang tak paham jgk maksud aku, aku rasa ada baiknya korang sambung blajar balik kat Tadika Kemas takpun Tadika Cina Kampung Lendu (bekas tadika aku tuh..).Dan semuanya adalah kerana sifat TAMAK. Ye, aku akui aku telah bersifat TAMAK. Mula-mula target 5 USD sehari. Berjaya. Lepas tu 10 USD. Berjaya Lepas tu 20 USD. Berjaya.TAK CUKUP LAGI??Aim plak 50 USD sehari. Tak cukup? 100 USD sehari. Lot yang semakin digandakan akhirnya memakan profit aku apabila loss mula mengatasi profit. Dan di saat ini akaun aku telah mula terumbang-ambing. Aku ibarat sampan kecil yang dilambung ombak di lautan ganas nun jauh di tengah. Akhirnya aku TEWAS di badai yang tidak mengenal siapa mangsanya. "Orang tamak selalu rugi..."And now I learned my lesson, the hard way.So ini kata-kata akhir aku buat sesiapa kat luar sana yg ada niat nak memorex ni.Ingatlah bahawa FOREX tu sebenarnya adalah satu dunia yang kejam. Dia tak kenal sape ko, student IPT ke, mangsa along ke, kalo dia hantar Cik Marginah tu, mmg ko kena hadapi jgk lah. Risiko pun sangat tinggi, then perlukan fokus dan dedikasi yang maha dahsyat. Perkhh ayat..actually simple je, mesti ada ilmu dan keyakinan yg cukup mantap, baru boleh berjinak2..kalo aku dlu, men terjun je..kwang3...Nak trade guna signal berbayar? Toksah la...Nak trade guna robot? Toksah la..Nak suruh otai trade kan? Toksah la..Nak trade guna indicator harga berpuluh/beratus2/beribu? Toksah la..kalo pandai carik, confirm jumpe nye kat forum2 forexKalo nak jgk, lebih baik korang bukak bisnes jual roti atau tepung jagung.Kalau nak jugak trade, aku sarankan korang pergi la menuntut ilmu forex walau sampai ke negeri Mongolia sekali pun. Banyak kelas-kelas forex kat luar tuh. Kalo kedekut sangat, belajar la kat website2 ngn forum2, tapi ni perlukan triple effort la.Sekian.
|
posted by DauS @ 4:03 PM  |
|
|
|
| Sunday, September 20, 2009 |
| Raya? |
 Di hari lebaran yang penuh kegembiraan ni, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang mengenali aku, pernah mengenali aku pastu skang buat2 tak kenal, tak kenal aku tapi rasa2 nak kenal, dan jugak kepada sesiapa yang tengah baca blog aku di hari raya ni. Special tributes to all these people: Ex-KTDTHBianCekal 05-06 Madam Chai Mui Foong, Muiz, Ahim, Edwin, Elvima, Adel, Aryma, Nurisa, Syafiqah, Hawa, Jeerah, Asyy, Ain, Azie, Kalus, Ana, Rio, Mira, E'ein, Ester, Dion, Syahirah, Michelle, Sharifah, Sylvia, Azrul, Nash, Airine, & Elizabeth. Afiq, Jell, Mahmud, Pakuk, Azrul, Azeeza, Amalini, Annisa, Bastian, Kushairi, Farah, Nab, Seetah, Trez, Liaw, Malia TTSianDoc. Shark, Che Mad Haris, Acap, Half, Usop, Kerel, Aini, Hanif, Hisham, Zizi, Shakir, Tuya, Zhafran, Tasha, Sefa, Sultan, Baha, Ash, Nik, Esah, Pojan, Atul, Din, Nuar, Ermie, Syahirah, Sam, Amar, Mira, Farah, Adam, Ayie Ex-Enchant TeamNazirah, Farah, Pika, Rahman, Syafiq, Duwe, Dee, Rose, Malina, Farid, Gowe UTPian & Petroleum Engineering July 07YANG NI AKU MALAS NAK TAIP EXesMiss LiYaJi, Miss Ma, Miss Li (hahahahahahahaha) Kepada yang xde nama kat atas ni, sila bagi notis dalam masa seminggu dari tarikh post ni. Kwang3.. SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!p/s: Beberapa gambar yang cun sbb ada aku  

|
posted by DauS @ 5:17 PM  |
|
|
|
| Tuesday, September 15, 2009 |
| Huh Korang |
 Buffet Iro Iro terbaekkk! Korang suma pon terbaekkk! Gilos...
|
posted by DauS @ 1:12 AM  |
|
|
|
| Sunday, September 13, 2009 |
| Ketung Ketang |
Pada satu pagi yang indah. Aku terjaga dari tidur. Gara2 bunyi ketung ketang. Ketung ketang. Ketung ketang. Ketang ketung. Tung. Tung. Tang. Toing. Lalu aku pon menyumpah-seranahlah dalam hati. Malaun mane la memekak pagi2 buto ni (padahal dah pukul 9 pagi). Owh, training start pukul 10. Sambung tdo.. .... Sampailah pukul 1 petang. Alamak, aku dah burn training pagi ni. (Moral down sepanjang hari...) Rupa-rupanya bunyi ketung ketang tu sebab orang tengah pasang ape bende ntah xtau nak bg nama ape, tapi ade atap zink. (Keesokan harinye) Rupanya, kat bawah tu diorang masak dodol. Dan lemang.  Ini la lemang kalau korang nak tau.. Lalu bertebaranlah asap2 diorang dan masuk ke bilik aku yang wangi dengan bau ambi pur ni. Bilik bau asap. Baju bau asap. Badan bau asap. Hidung tersumbat asap. Macam *asap* betul. (sila ganti *asap* dengan sebarang perkataan kesat yang anda gemari) Dugaan ni bulan puasa.... |
posted by DauS @ 5:14 PM  |
|
|
|
| Monday, September 07, 2009 |
| Malam Ini Aku Nak Berjiwang |
Playlist aku malam ni: Helloween - Forever And OneDeep Purple - Soldier Of FortuneLoudness - So LonelyCromok - Another YouSteelheart - She's goneMetallica - Nothing Else MattersTestament - Musical DeathDah habis main, aku replay balik dari atas..Oh aku benci perasan jiwang ini.. :O |
posted by DauS @ 8:28 PM  |
|
|
|
|
|